The RIGHTS - Perniagaan dibina bersama...
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Ahad, 05 September 2010 07:01 |
|
Satu konsep perniagaan akan diperkenalkan oleh WomenShoppe Berhad melalui usahawan yang sedang dibangunkan iaitu merupakan perniagaan SPA Bergerak (Mobile SPA) yang akan diperkenalkan sedikit masa lagi. Program ini sedang pembinaan prototaipnya dan sedang dalam proses terakhir bagi mengisi produk-produk dengan kerjasasama SIRIM. Mobile SPA WomenShoppe akan memberi peluang kepada kalangan wanita di bandar-bandar terutama bagi ibu-ibu tunggal atau wanita yang berpendapatan kurang daripada RM 700.00 sebulan. Walau bagaimanapun bagi wanita-wanita lain yang berminat juga boleh memohon. Oleh itu, WomenShoppe membuka peluang kepada yang berminat untuk mendaftar bagi membolehkan mereka diberikan keutamaan kelak dengan menghantar maklumat-maklumat berikut ke email :
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
untuk disenaraikan: |
|
Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 05 September 2010 07:22 |
|
Baca lagi...
|
|
|
Ditulis oleh Haris Fadzlah bin Mat Ali
|
|
Ahad, 05 September 2010 01:02 |
|
Assalammualaikum WBKT, Model Baru Ekonomi (MBE) akan memacu Negara sebagai Negara maju menjelang 2020, Istana 2020 yang sedang dibina sekarang memerlukan semua bergerak dan bertindak secara kolektif dan pihak swasta diharapkan akan menjadi penggerak ke arah itu. Jangan apabila Istana 2020 ini siap nanti kita hanya sebagai pemerhati atau sebagai pemain kecil, menjadi jaga atau pencuci tandas atau mungkin juga sebagai pengelap lantai. Kita tidak mahu presiden suite, bilek-bilek mewah hanya didiami mereka tetapi kita hanya menumpang teduh di koridor atau mungkin hanya tinggal dipondok pengawal. Oleh itu kita harus mengubah eco-system usahawan Bumiputera supaya kita bersama-sama membangunkan Istana 2020 dan kita juga setaraf dengan mereka. Usahawan Bumiputera, seharusnya mereka menjadi lebih terbuka dan bertindak secara kolektif dan professional. Tidak boleh lagi hanya berfikir di atas kepentingan peribadi tetapi mesti memikirkan penyatuan bagi menggerakkan sesuatu perniagaan berimpak tinggi. Semua Kakitangan Kerajaan dan Agensi, NGO, Usahawan malah semua orang Bumiputera harus membina plan tindakan dan seterusnya melaksanakan bukan sekadar sembang-sembang kedai kopi yang retorik. |
|
Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 05 September 2010 01:07 |
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh Ghazali
|
|
Sabtu, 04 September 2010 13:15 |
|
Setuju dengan pendapat tuan. Bukan nak menghina bangsa sendiri tetapi itulah realitinya. Makan atas angin dan nak untung cepat adalah sikap kebanyakan usahawan melayu. Untuk merubah minda orang melayu bukanlah sesuatu yang mudah, ramai yang nak menangguk di air keroh. Saya masih teringat syarikat yang diusahakan oleh sekumpulan orang melayu 30 tahun dahulu di tempat saya sewaktu saya masih kecil, ia tak bertahan lama. Terlalu ramai yang ingin mengambil kesempatan tanpa memahami aspirasi dan tujuan sebenar syarikat ditubuhkan. Saya berharap the RIGHTs tidak mengalami situasi yang sama. Mengenai pinjaman perniagaan, saya berpendapat skim yang sedia ada sukar untuk membantu usahawan melayu. Bayangkan bagaimana hendak fokus kepada perniagaan jika diwaktu yang sama perlu memikirkan pembayaran balik pinjaman kepada bank dengan kadar faedah yang agak membebankan. Skim pinjaman yang sediaada hanya sesuai bagi usahawan yang sudah agak berjaya tetapi bagaimana dengan mereka yang baru hendak memulakan perniagaan. |
|
Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 04 September 2010 13:17 |
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh Shahema Baiza
|
|
Sabtu, 04 September 2010 12:54 |
|
Assalammualaikum, (Kpd. En Salim Bin Yusoff) tak perlu meminta maaf kerana bercakap apa yang En. Salim rasakan benar. Kuatkan suara kita. Sekiranya kita asyik meminta maaf, dalam NLP..otak kita dan otak audience kita menolak pandangan kita secara automatik, tanpa disedari...sebab itulah, perubah amat sukar. (Kita nanti cerita lagi, topik ini ) Buat masa ini, Kita kuatkan kuasa kita, dengan pemilhan perkataan-perkataan yang sesuai. Semasa saya berusia lebih kurang 12 tahun, arwah ayah ada memberitahu, sebagai seorang bumiputera sekiranya saya mendapat bantuan kerajaan, itu adalah bonus. |
|
Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 04 September 2010 12:58 |
|
Baca lagi...
|
|
|
|
|
|
|
Laman 1 dari 57 |